Dasar Privasi CASIO
Kemas kini terakhir: 11 Mac 2024
Casio Malaysia Sdn Bhd (kemudian dari ini dirujuk sebagai “CASIO” atau "kami") memandang secara amat serius perlindungan maklumat peribadi, selaras dengan peraturan-peraturan privasi mengenai perlindungan maklumat peribadi, termasuk undang-undang, peraturan-peraturan yang terpakai dan garis panduan yang berkaitan dengannya. Dasar Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang CASIO kumpulkan, bagaimana kami menggunakan, berkongsi dan memproses maklumat tersebut dan bagaimana maklumat tersebut dilindungi. Dasar Privasi ini terpakai terhadap semua perkhidmatan CASIO yang merujuk secara langsung atau memautkan ke Dasar Privasi ini, tetapi, tidak terpakai terhadap perkhidmatan-perkhidmatan CASIO yang mempunyai dasar privasi atau notis privasi berasingan yang tidak mengandungi Dasar Privasi ini.
1. Prinsip Pengumpulan, Penggunaan dan Pemprosesan Maklumat
Pematuhan
CASIO akan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang terpakai yang berkenaan dengan pengendalian and pemprosesan maklumat peribadi yang sesuai. Kami akan berusaha secara beterusan untuk mengkaji semula dan memperbaiki sistem pengurusan dan langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi.
Pemberitahuan
Pengumpulan maklumat peribadi adalah dilakukan selaras dengan penerbitan tujuan pemprosesan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai.
Walau bagaimanapun, sekiranya maklumat sedemikian dikumpulkan secara langsung dari individu yang merupakan pemilik atau subjek maklumat tersebut secara bertulis atau dengan cara yang setara dengan penulisan, tujuan pemprosesan akan dinyatakan dan diberitahu dengan jenis maklumat yang akan dikumpulkan.
Pelaksanaan Langkah-Langkah Keselamatan
CASIO mengambil langkah-langkah keselamatan maklumat yang sesuai untuk memastikan keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi, seperti langkah-langkah untuk mencegah akses tanpa kebenaran ke maklumat peribadi anda, untuk melindungi maklumat tersebut daripada kehilangan, pemalsuan dan kebocoran, dan langkah-langkah keselamatan lain yang sesuai.
Menghormati Hak-Hak Individu
CASIO menghormati hak-hak undang-undang individu yang berkenaan dengan maklumat peribadi mereka. Kami akan membalas kepada permintaan anda, seperti permintaan untuk akses, pendedahan, pemberitahuan tujuan penggunaan, pemindaan, tambahan, pengehadan, pemadaman, pemberhentian penggunaan dan pemberhentian pendedahan atau pemberian kepada pihak ketiga, berkenaan dengan maklumat peribadi anda yang diproses dan dipegang oleh kami. Sekiranya anda mempunyai apa-apa permintaan sedemikian, sila hubungi kami di maklumat perhubungan yang dinyatakan di 9. Maklumat Perhubungan.
Tidak Wajib
Pemberian maklumat peribadi anda kepada CASIO adalah secara sukarela dan mengikut budi bicara anda. CASIO mungkin meminta anda untuk memberikan maklumat peribadi untuk memenuhi permintaan anda atau menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan CASIO, dan jika maklumat peribadi yang diperlukan untuk permintaan tersebut atau perkhidmatan-perkhidmatan CASIO tidak diberikan kepada kami, anda mungkin tidak menerima suatu maklum balas atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut secara keseluruhan atau sebahagiannya.
Asas undang-undang untuk penggunaan maklumat peribadi oleh kami
CASIO secara amnya hanya mengumpul maklumat peribadi yang diperlukan untuk memenuhi permintaan anda atau untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan CASIO. Sekiranya terdapat maklumat tambahan atau tidak diwajibkan yang diminta, anda akan diberitahu pada masa pengumpulan.
Apabila kami memproses maklumat peribadi anda, kami akan bergantung pada salah satu daripada syarat-syarat pemprosesan berikut:
• Pelaksanaan kontrak: ini adalah apabila pemprosesan maklumat peribadi anda diperlukan untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan kami di bawah kontrak dengan anda;
• Kewajipan undang-undang: ini adalah apabila kami diperlukan untuk memproses maklumat peribadi anda bagi mematuhi sebarang kewajipan undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kapada, menyimpan rekod-rekod untuk tujuan-tujuan cukai dan memberikan maklumat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa lain; atau
• Persetujuan anda: dalam kes-kes tertentu, kami akan meminta izin secara khusus bagi memproses beberapa maklumat peribadi anda, dan kami akan memproses maklumat peribadi anda hanya dengan cara yang dipersetujui oleh anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di maklumat hubungan yang dinyatakan di 9. Maklumat Perhubungan.
(1) Maklumat yang anda berikan kepada kami
Apabila anda memilih untuk memberikan maklumat mengenai anda kepada kami – contohnya, untuk mendaftar untuk atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan CASIO atau menghubungi kami melalui emel, kami akan memperoleh maklumat tersebut. Maklumat ini mungkin termasuk maklumat seperti nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir, negara kediaman, bahasa, jantina, dan zon waktu.
(2) Pengumpulan maklumat peribadi secara automatik
Dalam beberapa keadaan, sistem kami mengambil jenis-jenis maklumat tertentu secara automatik dari sistem komputer anda setiap kali anda mengunjungi kami dalam talian atau meggunakan perisian aplikasi kami, sepanjang tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dijelaskan di bawah atau yang dibenarkan oleh undang-undang, melalui apa-apa emel yang mungkin kami bertukar atau menggunakan kuki-kuki (‘cookies’), mata arah web (‘web beacons’) dan teknologi-teknologi lain. Pengumpulan maklumat tersebut akan membolehkan kami untuk menyesuaikan pengalaman dalam talian anda, meningkatkan prestasi, kebolehgunaan dan keberkesanan laman-laman web kami, dan untuk mengukur keberkesanan aktiviti-aktiviti pemasaran kami.
Maklumat peribadi anda tidak digunakan untuk apa-apa tujuan lain selain yang dinyatakan dalam Seksyen 3(1), melainkan jika kami mendapatkan keizinan anda, atau melainkan jika diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Sebagai contoh, jika anda mendaftar untuk CASIO ID atau mana-mana perkhidmatan CASIO lain dan memberikan kami maklumat tentang keutamaan-keutamaan anda, kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk memperibadikan pengalaman pengguna anda. Apabila anda log masuk ke mana-mana laman web atau perkhimatan kami dengan menggunakan CASIO ID anda, kami juga mungkin mengenali anda sebagai pengguna yang sama melintasi apa-apa peranti berlainan yang anda gunakan dan memperibadikan pengalaman anda melintasi laman-laman web CASIO lain yang anda lawati dan perkhidmatan-perkhidmatan CASIO yang anda gunakan.
(3) Pembelian anda
Sesetengah perkhidmatan CASIO mungkin menawarkan anda untuk membuat pembelian. Jika anda menggunakan mana-mana perkhidmatan kami untuk membuat pembelian, CASIO mungkin mengumpul maklumat tentang pembelian tersebut. Maklumat ini boleh termasuk maklumat perhubungan anda (seperti nama anda, nombor telefon anda, alamat pengebilan dan penghantaran anda), tarikh pembelian, nama produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda beli dan jumlah pengebilan. Sila ambil perhatian bahawa maklumat pembayaran, seperti nombor kad kredit anda dan maklumat pengesahan akaun yang anda berikan kepada agensi penyelesaian pembayaran TIDAK akan dikongsi dengan kami.
(4) Ulasan-ulasan produk
Anda boleh menulis ulasan-ulasan tentang produk-produk kami di laman-laman web kami. Komen-komen tersebut akan memberikan kami dan pelanggan-pelanggan lain maklum balas yang umum tentang produk-produk tersebut.
Jika anda menulis komen ulasan semasa anda log masuk ke laman-laman web dengan CASIO ID anda, komen ulasan tersebut akan diterbitkan seperti ditulis oleh “pengguna yang disahkan” di bawah nama atau nama gelaran anda yang didaftarkan untuk CASIO ID. Jika anda hanya memberi persetujuan untuk penerbitan tanpa nama, kami akan menerbitkan ulasan anda dalam bentuk tanpa nama sahaja. Dalam kes ini, ulasan anda tidak akan dipadamkan walaupun anda menarik balik persetujuan anda, kerana ulasan tersebut tidak dapat (tidak lagi dapat) diberikan kepada anda.
(5) Borang Perhubungan
Laman-laman web kami menawarkan borang perhubungan yang anda boleh gunakan untuk menghubungi kami secara elektronik. Jika anda menggunakan borang sedemikian, data yang dimasukkan di skrin input, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat emel anda, perkara dan mesej, akan dikomunikasikan kepada kami dan disimpan.
Data tersebut akan dipadamkan sebaik sahaja data tersebut tidak lagi diperlukan bagi memenuhi tujuannya yang dikumpul, pada masa perbincangan yang berkaitan antara anda dan kami telah berakhir dan apabila dapat disimpulkan daripada keadaan bahawa isu berkenaan telah diselesaikan secara muktamad, dengan syarat bahawa pemadaman tersebut tidak dihalang oleh apa-apa kewajipan arkib atau penyimpanan statutori.
(6) Maklumat log masuk media sosial
Sekiranya anda memilih untuk mendaftar untuk atau log masuk ke laman web kami dengan menggunakan perkhidmatan log masuk tunggal pihak ketiga yang mengesahkan identiti anda dan menghubungkan maklumat log masuk media sosial anda dengan CASIO (cth. Google, Facebook atau Twitter), kami akan mengumpul apa-apa maklumat atau kandungan diperlukan untuk pendaftaran atau log masuk yang anda telah benarkan pembekal media sosial untuk berkongsi dengan kami, seperti nama dan alamat emel anda. Maklumat lain yang kami kumpulkan akan bergantung pada tetapan-tetapan privasi yang anda telah tetapkan dengan pembekal media sosial yang berkaitan, jadi sila semak notis privasi perkhidmatan pihak ketiga yang berkenaan.
(7) Widget-widget dan aplikasi-aplikasi media sosial
Laman-laman web kami mungkin mengandungi fungsi untuk membolehkan perkongsian melalui aplikasi-aplikasi media sosial pihak ketiga, seperti butang Suka Facebook dan widget Twitter. Aplikasi-aplikasi media sosial ini akan mengumpul dan menggunakan maklumat tentang penggunaan laman-laman web CASIO oleh anda. Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan melalui aplikasi-aplikasi media sosial sedemikian akan kerap dikumpulkan dan digunakan oleh ahli-ahli lain aplikasi-aplikasi media sosial tersebut, dan interaksi tersebut tertakluk kepada dasar-dasar polisi pembekal media sosial. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas, atau tanggungjawap terhadap, pembekal-pembekal tersebut atau penggunaan maklumat anda oleh mereka.
3. Bagaimana kami mengguna maklumat anda
Kami menggunakan dan mengumpulkan maklumat tentang anda hanya untuk tujuan yang dinyatakan di bawah ini, setakat mana yang maklumat tersebut berkaitan dengan tujuan perkhidmatan yang disediakan oleh CASIO.
(1) Maklumat Pelanggan
• Penghantaran apa-apa produk dan perkhidmatan.
• Menghantar bahan-bahan promosi dan maklumat lain tentang apa-apa produk, perkhidmatan, kempen, peristiwa dan faedah daripada kami, ahli-ahli gabungan kami dan rakan-rakan perniagaan yang sah.
• Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan melaksanakan kontrak-kontrak dengan anda, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan aplikasi, perisian, perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian, sokongan produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang anda minta.
• Menjalankan penyelidikan, tinjauan-tinjauan, pemantauan dan analisis pasaran untuk tujuan-tujuan statistik atau lain-lain bagi kami mengkaji, membangunkan, meningkatkan kualiti produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.
• Mencadangkan kepada anda ciri-ciri yang berkaitan secara peribadi, menawarkan kandungan yang disesuaikan untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam ciri-ciri interaktif perkhidmatan-perkhidmatan kami, dan memberikan iklan yang diperibadikan.
• Menjaga perkhidmatan-perkhidmatan, perniagaan dan pengguna-pengguna kami dengan selamat dan terjamin, mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai, dan melindungi atau melaksanakan hak-hak undang-undang kami atau mempertahankan diri daripada tuntutan undang-undang.
• Menjawab pertanyaan-pertanyaan anda.
(2) Maklumat peribadi mana-mana syarikat, organisasi, pelanggan agensi kerajaan dan rakan perniagaan
• Menguruskan maklumat pelanggan dan transaksi.
• Melaksanakan kontrak-kontrak termasuk tetapi tidak terhad kepada penghantaran perniagaan.
• Persediaan maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.
• Laporan-laporan, komunikasi-komunikasi dan pertanyaan-pertanyaan kepada pihak berkuasa kompeten yang diperlukan untuk tujuan-tujuan perniagaan kami.
• Membalas kepada apa-apa pertanyaan, mesyuarat, rundingan- dan apa-apa komunikasi perniagaan lain.
(3) Lain-lain
• Aktiviti-aktiviti perekrutan sebarang dan semua pekerja, tanpa mengira jawatan atau gred, dan operasi HR selepas kemasukan.
• Mamberikan maklumat perekrutan dan seumpamanya kepada pemohon-pemohon untuk pekerjaan dan komukasi, dan lain-lain, yang diperlukan untuk perekrutan.
• Membalas kepada pertanyaan-pertanyaan.
• Memenuhi kewajipan undang-undang kami dan pelaksanaan prosedur-prosedur yang diperlukan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan, atau garis-garis panduan yang berkaitan.