Search

Dasar Privasi CASIO

Kemas kini terakhir 03. 08. 2021

Casio Malaysia Sdn Bhd [CLO1] (kemudian dirujuk sebagai “CASIO”) memandang secara amat serius perlindungan maklumat peribadi, selaras dengan peraturan-peraturan privasi mengenai perlindungan maklumat peribadi, termasuk undang-undang, peraturan-peraturan yang berkenaan dan garis panduan yang berkaitan dengannya. Dasar Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang CASIO (kemudian dirujuk sebagai “kami”) kumpulkan, bagaimana kami menggunakan dan berkongsi maklumat tersebut dan bagaimana maklumat tersebut dilindungi. Dasar Privasi ini terpakai terhadap semua perkhidmatan-perkhidmatan CASIO yang merujuk secara langsung atau memautkan ke Dasar Privasi ini, tetapi, tidak terpakai terhadap perkhidmatan-perkhidmatan CASIO yang mempunyai dasar privasi berasingan atau notis privasi yang tidak termasuk Dasar Privasi ini.

 

1.  Prinsip Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Pematuhan

CASIO akan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan lain berkenaan yang berhubungan dengan pengendalian maklumat peribadi yang sesuai. Kami akan berusaha secara beterusan untuk mengkaji semula dan memperbaiki sistem pengurusan dan langkah-langkah untuk melindungi maklumat peribadi.

 

Pemberitahuan

Pengumpulan maklumat peribadi adalah dilakukan selaras dengan penerbitan tujuan penggunaan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang terpakai. Walau bagaimanapun, sekiranya maklumat sedemikian dikumpulkan secara langsung dari individu yang merupakan pemilik maklumat tersebut secara bertulis atau dengan cara yang setara dengan penulisan, tujuan penggunaan harus dinyatakan dan diberitahu dengan jenis maklumat yang akan dikumpulkan.

 

 

 

Pelaksanaan Langkah-Langkah Keselamatan

CASIO mengambil langkah-langkah keselamatan maklumat yang sesuai untuk memastikan keselamatan dan ketepatan maklumat peribadi, seperti langkah-langkah untuk mencegah akses tanpa kebenaran ke maklumat peribadi anda, untuk melindungi maklumat daripada kehilangan, pemalsuan dan kebocoran, dan langkah-langkah keselamatan lain yang sesuai.

 

Menghormati Hak-Hak Individu

CASIO menghormati hak-hak di sisi undang-undang individu berkenaan dengan maklumat peribadi mereka. Kami akan membalas kepada permintaan anda, seperti permintaan untuk pendedahan, pemberitahuan tujuan penggunaan, pindaan, tambahan, pemotongan, pemberhentian penggunaan dan pemberhentian pemberian kepada pihak ketiga, berkenaan dengan maklumat peribadi anda yang diproses oleh kami. Jika anda mempunyai apa-apa permintaan sedemikian, sila hubungi kami di maklumat perhubungan yang dinyatakan di 9. Maklumat Perhubungan. 

 

Tidak Wajib

Pemberian maklumat peribadi mengenai anda kepada CASIO adalah mengikut budi bicara anda. CASIO mungkin meminta anda memberikan maklumat peribadi untuk memenuhi permintaan anda atau memberikan perkhidmatan-perkhidmatan CASIO, di mana jika maklumat peribadi yang diperlukan untuk permintaan anda atau perkhidmatan-perkhidmatan CASIO tidak diberikan kepada kami, anda mungkin tidak menerima maklum balas atau perkhidmatan-perkhidmatan secara keseluruhan atau sebahagiannya.

 

Alasan-Alasan perundangan untuk penggunaan maklumat peribadi kami

CASIO pada amnya hanya mengumpulkan maklumat peribadi yang diperlukan untuk memenuhi permintaan anda. Sekiranya maklumat tambahan atau tidak diwajibkan diminta, anda akan diberitahu pada masa pengumpulan.

Apabila kami memproses maklumat peribadi anda, kami akan bergantung pada salah satu daripada syarat-syarat pemprosesan berikut:



Pelaksanaan kontrak: ini adalah apabila pemprosesan maklumat peribadi anda diperlukan untuk melaksanakan obligasi-obligasi kami di bawah kontrak;

Obligasi undang-undang: ini adalah apabila kami diperlukan untuk memproses maklumat peribadi anda bagi mematuhi obligasi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kapada, menyimpan rekod-rekod untuk tujuan-tujuan cukai dan memberikan maklumat kepada agensi penguatkuasaan undang-undang atau pihak lain; atau

Persetujuan anda: dalam kes-kes tertentu, kami akan meminta izin secara khusus bagi memproses beberapa maklumat peribadi anda, dan kami akan memproses maklumat peribadi anda hanya dengan cara yang dipersetujui oleh anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan menguhubungi kami di sini

(1) Maklumat yang anda berikan kepada kami

Apabila anda memilih untuk memberikan kami maklumat mengenai anda – contohnya, untuk mendaftar atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan CASIO atau menghubungi kami melalui emel, kami memperoleh maklumat tersebut. Ini mungkin termasuk maklumat seperti nama, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir, negara tempat tinggal, bahasa, jantina, dan zon waktu.

 

(2) Pengumpulan maklumat peribadi secara automatik

Dalam beberapa keadaan, sistem kami mengambil jenis-jenis maklumat tertentu secara automatik dari sistem komputer anda setiap kali anda mengunjungi kami dalam talian atau meggunakan perisian aplikasi kami, sepanjang tempoh yang diperlukan untuk mencapai tujuan-tujuan yang dijelaskan di bawah atau yang dibenarkan oleh undang-undang, melalui emel yang mungkin kami bertukar atau menggunakan kuki-kuki (‘cookies’), mata arah web (‘web beacons’) dan teknologi-teknologi lain. Pengumpulan maklumat tersebut akan membolehkan kami untuk menyesuaikan pengalaman dalam talian anda, meningkatkan prestasi, kebolehgunaan dan keberkesanan laman web kami, dan untuk mengukur keberkesanan aktiviti pemasaran kami. 

Maklumat peribadi anda tidak digunakan untuk apa-apa tujuan lain selain yang dinyatakan dalam Seksyen 3(1), melainkan jika kami mendapatkan keizinan anda, atau melainkan jika diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Sebagai contoh, jika anda mendaftar untuk CASIO ID atau mana-mana perkhidmatan CASIO lain dan memberikan kami maklumat tentang keutamaan-keutamaan anda, kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk memperibadikan pengalaman pengguna anda. Apabila anda log masuk ke laman web atau perkhimatan kami dengan menggunakan CASIO ID anda, kami juga mungkin mengenali anda sebagai pengguna yang sama melintasi apa-apa peranti berlainan yang anda gunakan dan memperibadikan pengalaman anda melintasi laman web CASIO lain yang anda lawati dan perkhidmatan-perkhidmatan CASIO yang anda gunakan.

 

(3) Pembelian anda

Beberapa perkhimatan CASIO mungkin menawarkan anda untuk membuat pembelian. Jika anda menggunakan mana-mana perkhidmatan kami untuk membuat pembelian, CASIO mungkin mengumpul maklumat tentang pembelian tersebut. Ini boleh termasuk maklumat perhubungan (seperti nama anda, nombor telefon anda, alamat pengebilan dan penghantaran anda), tarikh pembelian, nama produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda beli dan amaun pembeliannya. Sila memerhatikan bahawa maklumat pembayaran, seperti nombor kad kredit anda dan maklumat pengesahan akaun yang anda berikan kepada agensi penyelesaian pembayaran TIDAK akan dikongsi dengan kami.

 

(4) Ulasan-ulasan produk

Anda boleh menulis ulasan-ulasan tentang produk-produk kami di laman web kami. Komen-komen tersebut akan memberikan kami dan pelanggan-pelanggan lain maklum balas yang umum tentang produk-produk tersebut.

Jika anda menulis komen ulasan semasa anda log masuk ke laman web dengan CASIO ID anda, komen ulasan tersebut akan diterbitkan seperti ditulis oleh “pengguna yang disahkan” di bawah nama atau nama gelaran anda yang didaftarkan untuk CASIO ID. Jika anda hanya bersetuju untuk penerbitan tanpa nama, kami akan menerbitkan ulasan anda dalam bentuk tanpa nama sahaja. Dalam kes ini, ulasan anda tidak akan dipadamkan walaupun anda menarik balik persetujuan anda, kerana ulasan tersebut tidak dapat (tidak lagi dapat) diberikan kepada anda.

 

(5) Borang Perhubungan

Laman web kami menawarkan borang perhubungan yang anda boleh gunakan untuk menghubungi kami secara elektronik. Jika anda menggunakan borang sedemikian, data yang dimasukkan di skrin input, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, alamat emel anda, perkara dan mesej, akan dikemukakan kepada kami dan disimpan. 

Data tersebut akan dipadamkan sebaik sahaja ia tidak lagi diperlukan bagi memenuhi tujuannya yang dikumpulkan, pada masa perbincangan yang berkaitan antara anda dan kami telah berakhir dan apabila dapat disimpulkan daripada keadaan bahawa isu yang dipersoalkan telah diselesaikan secara muktamad, dengan syarat bahawa pemadaman tersebut tidak dihalang oleh apa-apa obligasi arkib statutori.

 

(6) Maklumat log masuk media sosial

Sekiranya anda memilih untuk mendaftar atau log masuk ke laman web kami dengan menggunakan perkhidmatan log masuk tunggal pihak ketiga yang mengesahkan identiti anda dan menghubungkan maklumat log masuk media sosial anda dengan CASIO (cth.  Google, facebook atau Twitter), kami akan mengumpul apa-apa maklumat atau kandungan diperlukan untuk pendaftaran atau log masuk yang anda telah membenarkan pembekal media sosial untuk berkongsi dengan kami, seperti nama anda dan alamat emel. Maklumat lain yang kami kumpulkan akan bergantung pada tetapan-tetapan privasi yang anda telah tetapkan dengan pembekal media sosial yang berkaitan, jadi sila semak notis privasi perkhidmatan pihak ketiga yang berkenaan.

 

(7) Widget-widget dan aplikasi-aplikasi media sosial

Laman web kami mungkin mengandungi fungsi untuk membolehkan perkongsian melalui aplikasi-aplikasi media sosial pihak ketiga, seperti butang suka Facebook dan widget Twitter. Aplikasi-aplikasi media sosial ini akan mengumpul dan menggunakan maklumat tentang penggunaan laman web CASIO anda . Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan melalui aplikasi-aplikasi media sosial sedemikian akan kerap dikumpulkan dan digunakan oleh ahli-ahli lain dari aplikasi-aplikasi media sosial tersebut, dan interaksi tersebut tertakluk kepada dasar-dasar polisi pembekal media sosial. Kami tidak mempunyai kawalan ke atas, atau tanggungjawap terhadap, pembekal-pembekal tersebut atau penggunaan maklumat anda oleh mereka.

3. Bagaimana kami mengguna maklumat anda

Kami menggunakan dan mengumpulkan maklumat tentang anda hanya untuk tujuan yang dinyatakan di bawah ini, setakat yang berkaitan dengan tujuan perkhidmatan yang diberikan oleh CASIO.

(1) Maklumat Pelanggan

• Menghantar produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan.

• Menghantar bahan-bahan promosi dan maklumat lain tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, kempen, peristiwa-peristiwa dan faedah-faedah dari kami, syarikat-syarikat sekutu kami dan rakan-rakan perniagaan yang sah.

• Memberikan perkhidmatan kami dan melaksanakan kontrak-kontrak dengan anda, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan aplikasi, perisian, perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian, sokongan produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang anda minta.

• Menjalankan penyelidikan, tinjauan-tinjauan, pemantauan dan analisis pasaran untuk tujuan-tujuan statistik atau lain-lain bagi kami mengkaji, mengembangkan, meningkatkan kualiti produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.

• Mencadangkan kepada anda ciri-ciri yang berkaitan secara peribadi, menawarkan kandungan yang disesuaikan untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam ciri-ciri interaktif perkhidmatan-perkhidmatan kami, dan memberikan iklan yang diperibadikan.

• Menjaga perkhidmatan-perkhidmatan, perniagaan dan pengguna-pengguna kami dengan selamat dan terjamin, mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan, dan melindungi atau melaksanakan hak-hak di sisi undang-undang kami atau mempertahankan diri daripada tuntutan undang-undang.

• Menjawab pertanyaan anda.

 

(2) Maklumat peribadi syarikat-syarikat, organisasi-organisasi, pelanggan-pelanggan agensi kerajaan dan rakan-rakan perniagaan

• Menguruskan maklumat pelanggan dan transaksi.

• Melaksanakan kontrak-kontrak termasuk tetapi tidak terhad kepada penghantaran perniagaan.

• Persediaan maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.

• Laporan-laporan, komunikasi-komunikasi dan pertanyaan-pertanyaan kepada pihak kompeten yang diperlukan untuk tujuan-tujuan perniagaan. 

• Membalas pertanyaan-pertanyaan, mesyuarat-mesyuarat, rundingan-rundingan dan apa-apa komunikasi perniagaan lain.

 

(3) Lain-lain

• Aktiviti-aktiviti pengambilan mana-mana dan semua pekerja, tanpa mengira jawatan atau gred, dan operasi HR selepas kemasukan.

• Memberikan maklumat pengambilan dan seumpamanya kepada pemohon-pemohon untuk pekerjaan dan komunikasi-komunikasi, dan lain-lain, yang diperlukan untuk pengambilan.

• Membalas kepada pertanyaan-pertanyaan. 

• Memenuhi obligasi undang-undang kami dan pelaksanaan prosedur-prosedur yang diperlukan di bawah undang-undang, peraturan-peraturan, atau garis panduan berkaitan. 

(1) Pembekal perkhidmatan

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pembekal perkhimatan pihak ketiga yang membekalkan perkhidmatan kepada kami untuk pelbagai tujuan-tujuan perniagaan, seperti hosting dan pemprosesan data, perkhidmatan pembayaran, perkhidmatan pelanggan, perkembangan emel, pengiklanan dan pemasaran (termasuk penyampaian iklan, pemeribadian, pembahagian audiens dan analitik-analitik), pemantauan keselamatan dan prestasi, penyenggaraan dan perkhidmatan akaun-akaun, dan pemprosesan atau pelaksanaan pesanan-pesanan dan transaksi-transaksi.

Kami akan mengawasi pembekal-pembekal perkhidmatan dengan sebaik-baiknya supaya maklumat peribadi anda akan diuruskan dengan selamat.

 

(2) Syarikat-syarikat sekutu dan rakan-rakan perniagaan yang sah

Kami kadang kala mungkin berkongsi maklumat anda dengan syarikat-syarikat sekutu kami atau rakan-rakan perniagaan yang sah (seperti pengedar-pengedar) yang beroperasi atau membekal produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami di negara atau rantau anda hanya dalam skop tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 3(1), dan hanya apabila diperlukan untuk menjalankan perniagaan kami atau untuk pembekalan atau perbaikan perkhidmatan-perkhidmatan global oleh CASIO atau syarikat-syarikat sekutu kami. Maklumat peribadi yang akan dikongsi dan digunakan adalah seperti berikut.

• Maklumat pendaftaran CASIO ID, termasuk nama anda, tarikh lahir, alamat emel, negara atau rantau tempat tinggal anda dan kategori-kategori perkhidmatan CASIO yang anda gunakan.

• Maklumat yang berkaitan dengan pertanyaan-pertanyaan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang akan diberikan oleh anda.

CASIO bertanggungjawab untuk mengurus penggunaan bersama maklumat peribadi yang dikumpulkan. 

 

(3) Pemindahan rentas sempadan

Maklumat peribadi mungkin dipindahkan ke, dan disimpan oleh, pihak ketiga di luar negara di mana anda tinggal atau anda berada apabila anda mengakses laman web kami atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami. Negara-negara luar sedemikian termasuk negara-negara di mana syarikat-syarikat sekutu, rakan-rakan perniagaan, pembekal-pembekal perkhidmatan dan subkontraktor-subkontraktor kami berada, dalam rangka undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

 

(4) Tujuan undang-undang

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda untuk mematuhi proses undang-undang, membalas kepada tuntutan-tuntutan atau pertanyaan-pertanyaan, menguatkuasakan syarat-syarat kami, atau melindungi dan mempertahankan hak-hak, harta benda atau keselamatan peribadi operasi kami, pelanggan-pelanggan kami, atau orang awam.

 

(5) Pemindahan Perniagaan

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda sebagai sebahagian transaksi korporat yang substansial, seperti penjualan atau pemindahan aset-aset syarikat, penggabungan, penyatuan, atau sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

 

(6) Apabila anda mengakses perkhidmatan pihak ketiga

Jika anda mengakses perkhidmatan pihak ketiga, seperti perkhidmatan dalam talian pihak ketiga yang dihubungkan atau dibentuk sebahagian laman web kami, dan apa-apa kandungan yang diberikan melalui emel, perisian aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan media sosial, perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga mungkin boleh mengumpul maklumat mengenai anda, termasuk maklumat mengenai akitiviti anda di perkhidmatan-perkhidmatan kami, dan mereka mungkin memberitahukan perhubungan anda dalam perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga tersebut tentang penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan kami oleh anda, selaras dengan dasar privasi mereka sendiri.

 

(7) Dengan persetujuan anda 

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda untuk apa-apa tujuan lain yang dimaklumkan kepada anda pada masa kami mengumpulkan maklumat tersebut atau selaras dengan persetujuan anda.

5. Kawalan-kawalan, pilihan-pilihan dan hak-hak anda

Kami mungkin memberikan anda kawalan-kawalan dan pilihan-pilihan tertentu mengenai maklumat yang kami kumpulkan, bagaimana maklumat tersebut digunakan, dan bagaimana ia dikongsi. Kawalan-kawalan dan pilihan-pilihan ini mungkin termasuk kebolehan untuk mengemaskini, membetulkan atau memadamkan maklumat yang telah anda berikan kepada kami atau maklumat yang telah kami kumpulkan melalui penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan kami oleh anda. Ia juga mungkin termasuk kebolehan untuk memilih untuk tidak menerima pemberitahuan-pemberitahuan, promosi-promosi, tawaran-tawaran atau pengiklanan lain dari kami.

 

Berikut adalah ringkasan setiap hak-hak yang anda miliki;

i)  hak untuk mendapatkan maklumat mengenai pemprosesan maklumat peribadi anda dan akses ke maklumat peribadi anda yang kami simpan mengenai anda;

ii)  hak untuk meminta kami membetulkan maklumat peribadi anda sekiranya tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini;

iii)   hak untuk meminta kami menganonimkan, menyekat atau memadamkan maklumat peribadi anda apabila; (a) data diproses berdasarkan persetujuan anda dan anda menarik baliknya; atau (b) maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah tidak diperlukan, berlebihan atau tidak diproses selaras dengan undang-undang berkenaan;

iv)  hak untuk meminta kami tentang entiti awam dan swasta yang dengannya kami berkongsi maklumat peribadi anda;

v)  hak untuk menerima maklumat mengenai kemungkinan untuk menolak memberikan persetujuan dan akibatnya;

vi)  hak untuk menarik balik persetujuan untuk memproses maklumat peribadi anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, sila maklum bahawa kami masih mungkin berhak untuk memproses maklumat peribadi and jika kami dapat bergantung pada alasan perundangan lain untuk melakukannya;

vii)  hak untuk menentang pemprosesan data berdasarkan salah satu asas-asas perundungan di samping persetujuan, sekiranya kegagalan untuk mematuhi peruntukan undang-undang berkenaan; dan

viii)  hak untuk merayu kepada pihak penyelia, di negara tempat tinggal anda, jika anda berpendapat bahawa pemprosesan maklumat peribadi anda melanggar peruntukan undang-undang berkenaan.

 

Kami tidak akan mendiskriminasi anda kerana menjalankan hak-hak dan pilihan-pilihan anda, walaupun beberapa fungsi dan ciri-ciri yang tersedia atas perkhidmatan-perkhidmatan kami mungkin berubah atau tidak lagi tersedia untuk anda.

6. Penyimpanan maklumat dan keselamatan maklumat

(1) Tempoh penyimpanan dan pemadaman data

Maklumat peribadi yang dikumpulkan, diproses dan disimpan oleh CASIO pada dasarnya hanya akan disimpan untuk suatu masa yang diminta oleh tujuan penyimpanan yang kukuh. Sekiranya tujuan penyimpanan/pemprosesan berhenti terpakai, iaitu apablia kami tidak lagi perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk mematuhi obligasi undang-undang atau kontraktual, maklumat anda akan dipadamkan atau dianonimkan. 

Walau bagaimanapun, keadaan selanjutnya mungkin timbul di mana undang-undang atau peraturan-peraturan lain (mis. obligasi-obligasi peraturan) menghendaki data yang diproses oleh kami disimpan untuk jangka masa yang lebih lama, cth. tempoh penyimpanan undang-undang, atau jika kami memerlukannya untuk mengekalkan bukti dalam undang-undang had. Apabila tempoh penyimpanan ini tamat, kami akan memadamkan atau menganonimkan data anda.

 

(2) Pelaksanaan Langkah-Langkah Keselamatan

CASIO telah melaksanakan standard-standard keselamatan fizikal, teknikal dan pentadbiran yang sesuai untuk melindungi maklumat peribadi daripada kehilangan, salah guna, ubah suaian dan pemusnahan. Kami juga akan membetulkan dengan segera sebarang langkah-langkah keselamatan jika diakui bahawa pembaikan diperlukan. Selanjutnya, kami akan mewujudkan peraturan-peraturan dan sistem pengurusan maklumat peribadi berdasarkan Dasar Privasi ini dan berusaha secara beterusan untuk mengkaji semula dan memperbaiki peratruan-peraturan dan sistem tersebut. 

i)  Organisasi: Seseorang yang bertanggungjawab terhadap pengurusan maklumat peribadi akan dilantik bagi setiap layanan maklumat peribadi antara kami untuk memastikkan bahawa maklumat tersebut diuruskan dengan sesuai. Sesi latihan akan diberikan kepada semua pekerja-pekerja tentang perlindungan dan pengurusan maklumat peribadi yang sesuai dalam perniagaan harian.

ii)  Maklumat Diproses secara Tanpa Nama: Semasa menghasilkan maklumat yang diproses secara tanpa nama, kami akan mematuhi standard-standard yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan dan melaksanakan langkah-langkah kawalan keselamatan yang sesuai.

iii)  Kawalam Penyumbaran luar: Pembekal-pembekal pihak ketiga kami adalah diwajibkan secara kontraktual untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi. Tambahan lagi, mereka tidak boleh menggunakan maklumat untuk tujuan-tujuan yang belum diluluskan oleh kami.

 

7. Maklumat tentang kanak-kanak

CASIO memahami kepentingan melindungi privasi kanak-kanak, terutamanya ketika persekitaran dalam talian. 

Kami maklum bahawa individu di bawah umur mungkin tidak layak memberikan persetujuan yang sah untuk memproses maklumat peribadi. Oleh itu, kami tidak ketahui  bahawa kami mengumpulkan, menggunakan, atau berkongsi maklumat peribadi dari individu bawah umur  tanpa pengesahan ibu bapa atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah telah memberikan persetujuan, individu di bawah umur mungkin dapat menggunakan perkhidmatan kami dengan CASIO ID atau akaun lain yang telah didaftarkan. Ibu bapa atau penjaga boleh menyemak, mengubah atau menghapuskan maklumat peribadi anak jagaan atau menarik balik persetujuan dengan menghubungi kami melalui maklumat perhubungan yang disediakan pada 9. Maklumat Perhubungan. Bagaimanapun, laman sesawang ini tidak direka untuk mengumpul maklumat kanak-kanak di bawah umur 14 tahun. 

8. Perubahan-Perubahan

Kami mungkin mengemas kini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa untuk memastikannya selaras dengan arah aliran industri dan/atau apa-apa perubahan dalam keperluan undang-undang atau peraturan-peraturan. Tertakluk kepada apa-apa hak yang anda mungkin miliki berdasarkan undang-undang, anda bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat yang sedia ada dalam Dasar Privasi ini yang mungkin diubah dan/atau dikemas kini oleh CASIO dari semasa ke semasa.

 

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, kebimbingan, atau komen mengenai Dasar Privasi ini, atau apa-apa amalan privasi kami, sila menghubungi:



Nama dan alamat pengawal (CASIO)

Casio Malaysia Sdn Bhd 

Unit 20-06, Level 20, Q Sentral, 2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone : +603 2742 1253
email: timepieces-my+b@casio.com.sg

 

10. Bahasa Dasar Privasi ini

Dasar Privasi ini diterbitkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahsa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman atau percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

 

Select a location